Latest Articles

Thursday, December 1, 2016



Saat bayi baru lahir merupakan saat pertama tubuh badan mereka menerima sentuhan dari sekeliling, sama ada dari sentuhanmanusia ataupun alam semulajadi (udara, cahaya matahari, air). Dan sebagai ibu bapa, kitalah yang menentukan waktu yang paling sesuai untuk mereka.
.
Bilakah waktu mandi yang paling sesuai untuk bayi?
.Sebelum memandikan bayi, pastikan:
Mandian tersebut tidak mengganggu waktu tidur merekaTidak memandikan mereka semasa mereka sedang laparBayi tersebut tidak kesejukan (demam dan sebagainya).Mengapa orang tua-tua menyuruh memandikan bay pada waktu pagi? Apa hikmahnya?.Peringkat bayi adalah peringkat di mana mereka belum mampu mengawal suhu tubuh badan mereka sendiri, sebagaimana orang dewasa..Waktu pagi adalah waktu di mana perubahan suhu sedan berlaku dari sejuk kepada panas/hangat. Inilah waktu paling sesuai agar tubuh badan bayi tidak terkejut dengan perubahan tersebut. Dan kerana ini jugalah, kita digalakkan memandikan mereka dengan air hangat/suam-suam kuku..Macam mana orang dulu-dulu boleh tahu pasal ini ya? Mesti melalui pengalaman kan....#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
Continue reading

Sebelum ini, bagaimanakah anda memilih krim yang paling berkesan untuk merawat ruam lampin pada bayi? Apakah bahan yang anda perhatikan di label bungkusan krim tersebut?
.
Di sini disenaraikan 3 bahan yang wajib ada pada krim tersebut agar ruam lampin pada bayi dapat sembuh dengan cepat, selain tidak meninggalkan kesan pedih pada bayi.
.
Zinc Oxide – bahan ini sangat penting untuk menghentikan ruam serta mengelakkan jangkitan pada ruam tersebut.
Dimethicone – Dimethicone berfungsi untuk merawat gatal dan ketidakselesaan pada ruam tersebut.
Aloe vera – Pelembap yang terbaik dan semulajadi adalah aloe vera.
.
Gabungan ketiga-tiga bahan ini akan menghasilkan lapisan pelindung di antara lampin yang basah dan kulit bayi, agar kulit bayi mempunyai masa yang cukup untuk pulih sepenuhnya.
.
.

Ingin cuba sesuatu yang lebih natural?Boleh cuba produk dari tanah liat putih.

#infobyMHAMSB #BedakAsmak
Continue reading

Tuesday, November 29, 2016


Semua tahu, penyakit G6PD adalah penyakit yang berkaitan dengan darah. Selain kacang parang, ada sesetengah ubat adalah adakalanya tidak sesuai diambil oleh mereka yang menghidap G6PD. 
.
Apakah jenis ubat-ubatan tersebut? Jom lihat senarai di bawah:
.
Ubatan dalam rawatan Malaria:
Chloroquine
Fansidar
Maloprim (Mengandungi Dapsone)
Pentaquine
Pamaquine
Primaquine
.
Ubatan Lain:
Aspirin (Panadol – dalam dosej yang banyak)
Chloroamphenicol
Vitamin K
Thiazolesulfone
Dapsone
Phenylhydrazine
Nalidixic Acid
.
Keliru dengan nama-nama ubatan di atas? Ada baiknya anda meruju dengan doktor sebelum mengambil apa-apa ubatan untuk anak anda.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
Continue reading

Monday, November 28, 2016

Siapa kata penyakit psoriasis menghalang seseorang untuk berjaya dan terkenal? 
.
Psoriasis berlaku apabila sel-sel kulit terbina dengan laju lebih dari orang biasa. Hasilnya, kulit akan kering dan bersisik (kulit mati). 
.
Siapa selebriti tersebut? Jom tengok satu persatu.
.
Kim Kardashian (Penyanyi/Model)
CariDee English (Model)
Art Garfunkel (Penyanyi)
Dara Torres (Perenang/Pemenang 12 pingat Olimpik)
Jon Lovitz (Aktor Komedi)
LeAnn Rimes (Penyanyi/Pemenang Grammy Awards)
Stacy London (Model)
John Updike (Novelis terkenal)
Mabelynn Capelui (Ratu Cantik 2013)
Phil Michelson (Ahli Sukan Golf)
Eli Roth (Pengarah Filem – kacak orangnya)
Jerry Mathers (Pelakon)
.
Nampak tak? Walaupun ada masalah kulit, mereka tak pernah duduk diam. Siap ada yang jadi pemenang Ratu Cantik giteww..Jadi, jika anda mengalami nasib yang sama, jangan berputus asa tau. Gunalah Bedak Asma keluaran MHAMSB. Mudah-mudahan berkesan ;)
.
.

#InfobyMHAMSB #BedakAsmak
Continue reading

Wednesday, November 23, 2016

Pernah terfikir, betapa besarnya tanggungjawab ayah dan ibu terhadap anak yang menghidap asma?

Selain dianugerahkan Tuhan sebagai ujian kepada ibubapa, anak asma juga adalah sebagai penghapus dosa bagi ibu dan bapa tersebut. Tapi itu semua dengan syarat ibu dan bapa tersebut perlu bersabar seboleh yang mungkin.

Sesekali perlu ingatkan diri kita sendiri, jika kita rasa susah dengan adanya anak yang menghidap asma, sesungguhnya mereka juga tak pernah meminta dilahirkan dengan yang sedemikian. Dan yang pastinya, mereka juga menanggung derita yang jauh lebih besar dari kita.

Pernah dengar pepatah “berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”? Begitulah yang terjadi kepada anak asma. Mereka yang rasa, mereka yang derita. Malah mereka tak pernah menyalahkan ibu bapa yang melahirkan mereka, apatah lagi menyalahkan takdir yang menimpa mereka.

Jadi, jika anak anda didapati menghidap asma, maka bersabarlah wahai ibu dan bapa sekalian. Ganjaran yang besar menanti anda melebihi ibu bapa lain!
.
.
#MHAMSB #MinyakHerbaAsmak
Continue reading

Tuesday, November 22, 2016


Ada yang kata baik, ada yang kata tak baik. Mana satu yang betul?
.
Air laut bukan sahaja terkenal dengan kebaikannya kepada rambut, malah ia juga sebagai rawatan alternative untuk kulit. Dr. Adam Sheridan, seorang pakar kulit di Australasian College of Dermatologists (ACD) berkata air garam membantu membershkan rongga kulit, menyeimbangkan penghasilan minyak di kulit, dan membunuh bakteria yang menyumbang kepada jerawat.
.
Selain itu, air garam juga ada sedikit ciri-ciri seperti scrub, di mana ianya mampu menanggalkan kulit mati secara lembut dan sederhana.
.
Rasa info ini bermanfaat? Kongsikan dengan kawan-kawan (
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak
Continue reading
COPYRIGHT BY ZAWAWI ALI